Kebaikan Tersembunyi.



Entah kenapa manusia lebih memilih untuk melihat apa yang tersurat di hadapan mata mereka berbanding mahu menilai apa yang tersirat di sebaliknya. Kadang-kadang kita tidak sedar di setiap keburukan itu ada tersembunyi kebaikan yang sedang menunggu untuk dihargai. Namun sayang, kita pilih untuk butakan hati dan pekakkan deria tanpa mahu mempertimbangkan walau cuma sedikit. Akhirnya bila kebaikan itu telah disedari  dan dirampas orang lain, kita cuma mampu duduk menganga sambil berputih mata.



Menyesal?






No comments: