Salam Ramadhan al-Mubarak :)


Salam and greetings.




Ramadhan muncul lagi. . . ! :D

Alhamdulillah, syukur pada Allah kita masih berkesempatan untuk menyambut bulan penuh keberkatan ini sekali lagi pada tahun ini. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku nak berkongsi beberapa hadis serta ayat al-Quran yang menunjukkan betapa mulianya bulan Ramadhan. Semoga perkongsian ini dapat menambah rasa semangat kita untuk bersama-sama berusaha mengumpul pahala sebanyak yang mungkin. In shaa Allah. .



"Apabila tiba bulan Ramadhan, maka di buka pintu-pintu syurga, di tutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu." -imam al-Bukhari.

"Wahai orang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa." -surah al-Baqarah ayat 183.

Untuk mendapatkan ketakwaan dalam berpuasa, anggota badan lain seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki, hati dan seluruh anggota badan yang lain juga kena berpuasa. Sebagai contoh anggota mata. Kita perlu menjaga mata kita daripada memandang perkara-perkara maksiat seperti menonton video porno dan perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. Begitu juga dengan anggota badan yang lain. Inilah puasa yang sepatutnya ada pada setiap muslim.


"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri daripada makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)." -riwayat al-Bukhari.

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." -Abu Hurairah.

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang di namakan al-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama-sama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: 'dimanakah orang yang berpuasa?' Lalu mereka berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir daripada mereka masuk, pintu tadi di tutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya." -Sahl bin Sa'ad.

Terdapat segelintir manusia berpuasa yang hanya memperoleh lapar semata-mata. Mereka hanya dapat rasa penat, lapar dan dahaga, tetapi tidak ganjaran daripada Allah. Mengapa hal ini berlaku? Hal ini kerana mereka fikir berpuasa itu adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga je. Mereka lupa ibadah berpuasa yang sebenarnya adalah melibatkan seluruh anggota badan. Sebab tu masih terdapat segelintir manusia yang mengumpat, menipu, mencuri dan menonton filem yang memaparkan aksi yang kurang sopan. Jadi sempena bulan mulia ini, marilah sama-sama kita memperbaiki semula kesilapan diri. Sesungguhnya Allah menyediakan ganjaran besar yang tidak ternilai kepada orang yang benar-benar berpuasa.



Bulan Ramadhan adalah "Syaidul Syuhur" iaitu penghulu bulan. Maknanya di sini ialah, bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain dari sudut fadhilat dan kelebihannya. Perbanyakan amalan-amalan sunat seperti qiamullail, bersedekah, solat sunat dan berzikir. Selain itu, jadikan membaca al-Quran itu sebagai satu kebiasaan setiap hari. Kalau dulu sehari kita baca satu muka surat, apa kata sempenan bulan Ramadhan yang mulia ni, kita naikkan jadi lima muka surat pula? In shaa Allah, kalau diamalkan selalu dah boleh khatam al-Quran tahun ni. Tak gitu? Hee. Sesungguhnya ganjaran pahala amalan sunat yang dilakukan di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib. Sementara amalan wajib pula akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. MasyaAllah ! Jadi, marilah sama-sama kita merebut peluang untuk menambah saham kita ketika di akhirat kelak di samping  menjadikan diri lebih baik dari yang sebelum ni :)


Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua ahli keluarga yang tersayang, saudara-mara yang dekat dan jauh, rakan-rakan yang mengenali diri ini, dan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bemakna dan memberi seribu satu manfaat kepada kita semua. In shaa Allah :)









Until we meet again.



No comments: