Sahabat.





Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana satu kesilapan putus sebuah tali persahabatan.

Dimanakah rasionalnya?

Wajarkah persahabatan yang telah terjalin sekian lamanya diputuskan begitu sahaja hanya kerana satu kesilapan? Setiap manusia itu tidak akan pernah dan tidak akan terkecuali daripada melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Itu pasti. Kerana kita manusia yang khilaf, yang takkan pernah sempurna. 

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat untuk menasihati sahabat kita yang melakukan kesilapan. Bukannya tinggalkan dia terkapai-kapai sendirian. Bukannya menghilangkan diri membiarkan dia terus hanyut ke dalam kancah dosa. Apalah maknanya sebuah persahabatan andai kita hanya mahu berada di samping sahabat saat dia sedang seronok bergembira sedangkan saat dirinya ditimpa musibah kita tinggalkan begitu sahaja. Saat dia mengalirkan air mata kesedihan kita tiada di sisinya untuk membantu mengelap air mata, meminjamkan sedikit kekuatan yang kita ada agar dia tahu masih ramai yang menyayangi dia. Agar dia tahu peluang masih terbuka luas untuk dia memperbaiki semula kesilapan yang telah dia lakukan. 

Selain daripada anggota keluarga, sahabat sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam hidup seseorang individu. Sebab sahabat merupakan pantulan diri kita. Mereka tahu hampir semua mengenai diri kita. Mereka tahu apa yang kita rasakan tanpa perlu kita jelaskan dengan kata-kata. Mereka tahu. Kerana itu saat kita susah sahabat adalah insan yang akan kita cari bagi meluahkan segala yang terbuku didalam hati. 

Hargai sahabat kita. Mungkin mereka tidak sempurna, serba-serbi kekurangan. Namun di sebalik setiap kekurangan itu tersembunyi banyak kelebihan yang mungkin kita tidak tahu. Tiba masanya baru kita akan tahu betapa beruntungnya kita memiliki dia sebagai sahabat kita. Jangan nanti bila kita dah kehilangan dia baru kita nak rasa menyesal. Dah tak guna. Friendship, once broken I don't really know if it can be fixed. 


"I thought you should know that I miss you and all the laughs we used to have. I wish our friendship wasn't fading."


No comments: