10 Manusia Hebat !


1. Abu Bakar al-Siddiq
2. Umar al-Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
5. Talhah bin Ubaidillah
6. Zubair bin al-Awwam
7. Abd Rahman bin Auf
8. Sa'ad bin Abi Waqqas
9. Sa'id bin Zaid
10. Abu Ubaidah al-Jarrah


Nama yang tidak asing lagi. Namun masih ada di antara kita yang tidak mengetahui kisah hidup mereka. Mereka ini adalah manusia yang hebat dan tiada sesiapa yang mampu menandingi kehebatan mereka. Malahan ketika mereka masih hidup mereka telah dijamin bakal menjadi ahli syurga ! Nampak tak betapa hebatnya mereka ini ?

Setiap tokoh di atas mempunyai keperibadian dan kelebihan masing-masing. Namun mereka semua mempunyai persamaan iaitu iman yang kental dan sanggup berkorban apa sahaja demi mendukung ajaran yang di bawa oleh Rasulullah saw sepanjang hidup mereka.

Justeru marilah sama-sama kita berusaha untuk mendalami kisah hidup kesemua nama di atas, mengenali perwatakan dan keperibadian yang dibawa oleh mereka. Semoga sikap dan amalan mereka semua dapat kita jadikan contoh dalam mengharungi realiti kehidupan masa kini. Pupuklah rasa cinta di dalam diri kita terhadap para sahabat Rasulullah saw. Sesungguhnya merekalah ikon sebenar yang harus kita jadikan teladan.

No comments: