Ada Sesuatu.

Seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh sepasang mata itu.
Seperti ada sesuatu yang mahu diucapkan oleh bibir yang terkatup rapat itu.

Mata bertemu mata.
Bibir terkunci rapi tanpa sepatah kata.
Tiada juga senyuman ceria.
Namun jelas minda saling berbicara.

Bicara hati yang hanya kami sahaja mengerti.
Orang lain tak perasan.
Orang lain tak sedar.
Orang lain tak tahu.

Mungkin,
lebih baik mendiamkan diri.
Tidak perlu menghulur salam.
Tidak perlu memulakan bicara.
Agar kita kekal stranger.

Kau dan aku
tahu apa yang tersirat.
Biar saja tersimpan di dalam hati.
Tidak perlu diluahkan.




p/s : Its good to see you :)





No comments: