Rezeki Allah buat Hamba-hambaNya.

"Allah menciptakan ikan-ikan di lautan. Tidak ada campur tangan manusia memberi rezeki kepada ikan-ikan tersebut. Ikan dipukat oleh manusia dan dibawa naik ke atas daratan sebagai sumber rezeki.

Ikan tersebut dibeli di pasar, kemudian di siang dan di asingkan perut, sisik dan insangnya. Kita menganggap ia sebagai bahan terbuang tapi bagi haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, semut, lipas dan lalat bahan terbuang tersebut amat berharga baginya kerana ia adalah sumber rezeki.

Lalu ikan tersebut dimasak dan dijadikan lauk. Kita makan isinya dan asingkan tulang-temulang daripadanya. Tulang-temulang tersebut adalah sumber rezeki makhluk lain. Tidak semua isi yang dimakan menjadi darah daging kerana esok lusa kita akan buangnya sebagai najis dan menjadi rezeki ulat. Maha besar Allah mencipta sesuatu untuk manusia dan makhluk."


Berdasarkan kisah di atas kita dapat lihat pada ikan itu terdapat sumber rezeki untuk manusia dan makhluk lain. Hal ini kerana Allah menjamin rezeki kepada setiap makhluk yang di ciptakan. Kisah ini juga membawa jalan berfikir kepada kita betapa kejadian Allah membawa rahmat dan nikmat terhadap makhluk lain. Limpahan rahmat dan nikmat serta rezeki kurniaan bukan semuanya milik insan, tetapi ia juga milik makhluk lain. Masyaallah, sesungguhnya kuasa Allah swt memang tidak ada tolak bandingnya :)

2 comments:

Cik Mun said...

kuasa Allah kan..

Filzah Azzahra said...

oleh itu kita harus bersyukur dlm setiap rezekinya