Pelangi Yang Dinanti.

Perlahan-lahan,
bibir itu sudah mula mahu ukir senyuman.

Sikit-sikit,
mata itu sudah mula bisa seri dengan sinar.

Duhai awan mendung,
jangan mampir lagi.
Jangan basahkan aku dengan hujan lebat.
Jangan takutkan aku dengan dentuman petir.
Jangan biarkan aku beku menahan kesejukan.

Biar aku nikmati pelangi indah ini.
Aku mahu ketawa.
Aku mahu bahagia.
Sudah lama aku menunggu untuk ini.