KALAU AKU BUAT DOSA. . .

Sekadar renungan bersama. Semoga boleh menjadi peringatan buat diri kita sekali gus mengelakkan diri kita daripada bergelumang dengan dosa.

Kalau Aku Buat Dosa . . . .

- Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
- Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
- Segala urusan yang aku lakukan setiap hari akan menjadi susah.
- Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
- Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
- Dada akan terasa sempit.
- Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
- Dosa dan maksiat menjadi kebiasaan.
- Allah menghina diriku.
- Manusia lain akan memandang hina padaku.
- Binatang ternakan juga akan melaknatiku.
- Hati akan dipenuhi dengan titik hitam.
- Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
- Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
- Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
- Nikmat yang ada ditarik tanpa aku sedari.
- Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
- Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
- Azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.

No comments: