Berubah.

Peluang.
Dan kemudian berubah.
Berubah demi peluang yang masih datang.

Tapi kenapa kita selalu tunggu bila peluang sudah hampir tamat tempoh? 
Atau tunggu hati yang fragile ni hampir tertutup rapat sebelum ia terus roboh?

Kita semua memang boleh sabar. 
Dan sabar pun memang kekuatan kepada segala jenis perasaan.

Sabar.
Mudah sebut tapi nak buat, tak semudah masa kita sebut.

- Hidd Mihat.



Nak berubah memang susah. Kerana untuk merubah tabiat atau kebiasaan yang sudah sebati di dalam diri kita itu bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika kita rasakan perbuatan kita selama ini betul dan tidak salah. Namun, bila kita kenali kelemahan dan kekurangan diri kita, Inshaa Allah kita akan sedar dengan semua perkara tersebut.

Ramai orang yang mahu berubah. Tetapi perubahan yang dilakukan itu tidak kekal lama. Pepatah Melayu kata hangat-hangat tahi ayam. Bunyi macam kasar, tapi bila kita renungkan kembali, itulah kenyataan sebenar yang berlaku kepada kita semua, insan yang lemah.

Jika kita berubah kerana terpaksa atau kerana orang yang berada di sekeliling kita, maka perubahan yang dilakukan itu tidak akan kekal lama. Berubah biar ikhlas kerana Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." - (Ar-Ra'du 13:11)

Berubahlah dengan himmah yang berkobar-kobar dan bersungguh-sungguh. Sentiasa tanamkan di dalam diri himmah untuk berubah agar kita tidak berubah ala kadar sahaja. Kerana orang yang baik dan benar himmahnya, maka baiklah amalan-amalan dia selepas itu. Dan ketahuilah sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, orang yang tinggi himmah dengan menempuh kesukaran pasti memperolehi apa yang dia inginkan.

Jadi, mana satu pilihan kalian? Berubah atau terus mahu berada di takuk yang sama? Mari sama-sama kita muhasabah semula sedalam-dalamnya.


Hijrah menuju Allah!


No comments: