Pura-pura.

Kau tahu bagaimana rasanya
bila bibir kau mahu ukir senyum ceria,
tapi hati kecil kau sedang lebat dengan air mata?

Kau tahu bagaimana rasanya
bila kaki kau masih tetap kuat melangkah ke hadapan,
tapi jiwa kau sudah lama lelah dan tertinggal di belakang?

Kau tahu bagaimana rasanya
bila wajah kau menzahirkan kebahagiaan,
tapi batin kau sedang perit menanggung derita?

Kau tahu bagaimana rasanya?

No comments: