Tenang yang Tidak Mendamaikan.

Luaran kita seperti tiada apa yang berlaku.
Diam tanpa sebarang bicara.
Sibuk dengan urusan sendiri.
Tersenyum tatkala bersua.

Namun di dalam hati kita berdua tahu.
Ada banyak persoalan yang tidak terungkai.
Ada banyak rasa yang menikam hati.
Ada banyak curiga yang berlegar di fikiran.

Kau dan aku kini semakin jauh.
Seperti tiada lagi peluang untuk kembali mesra.
Entah kerana ego, atau emosi.
Atau hanya aku yang berfikir bukan-bukan.



No comments: