Di Sebalik Tembok.


Dulu,
aku bina satu tembok.
Yang diperbuat daripada besi.
Dan aku dirikan di sekeliling hati
Penuh tekun, penuh teliti.
Agar tiada yang bisa menembusi

Tiba suatu hari,
aku lihat engkau di sebalik tembok itu
Sedang menggamit ke arahku,
memanggil-manggil namaku
Dengan senyum manis, bersama huluran tangan.

Lalu aku panjat tembok itu
Panjat, panjat, dan terus panjat
Tidak kenal erti jemu.
Tidak mahu mengalah.

Kini aku sudah berada di atas
di puncak yang paling tinggi
Namun aku lihat kamu sudah berhenti memanggil namaku.
Kau berpaling, membelakangi aku
Tidak mahu lagi memandang ke arahku
tiada lagi senyum manis,
tiada lagi panggilan manja.

Dan aku masih di puncak ini, berfikir
sama ada aku tetap turun ke belah yang ada kamu.
Atau aku terjun kembali ke tempat asalku.

Sakit, aku kecewa.
Tolong, aku buntu.




No comments: